Kedah mencatat rekod seri yang banyak sehingga keciciran mata di dalam liga super dan peminat kebanyakan telah mengecam jurulatih tan cheng hoe. Kemasukan carlos kahe yang gagal memberi impak juga menjadi alasan kemarahan peminat bolasepak kedah makin membuak.
Namun sebagai peminat yang berfikir, perlu untuk bertenang dan mengetahui apakah rasionalnya peminat untuk marah.
Faktor carlos kahe bukanlah sengaja dipejam mata oleh tan cheng hoe.
Saya percaya carlos kahe akan ditukar pada perpindahan terdekat ini. Namun sebelum tarikh perpindahan tiba, carlos kahe adalah pilihan terbaik dibarisan serangan pasukan kedah. Syafiq ahmad dilihat belum matang untuk diturunkan sebagai penyerang utama dikala saingan liga super adalah berbeza dengan liga premier. Syafiq banyak kehilangan bola akibat dari kekurangan fizikal manakala carlos kahe walaupun dilihat kurang bernafsu namun berjaya mengawal bola sebelum bantuan serangan dari rakan tiba.
Rekod seri yang banyak mengundang marah peminat yang menyalahkan taktikal tan cheng hoe. Peminat perlu memikirkan tentang perbezaan liga yang ketara. Jika musim lalu pasukan kedah berjaya menakluk liga premier. Namun misi menakluk liga super dilihat sedikit sukar dengan adanya pasukan lain yang lebih mantap. Walaupun seri ,disebaliknya pasukan kedah musim ini adalah lebih mantap dengan kemasukan tenaga muda yang lebih ghairah untuk mencipta kemenangan. Tan cheng hoe pasti sedang berusaha keras menaikkan prestasi pemain.
Ada juga peminat menyalahkan pemilihan pemain senior dari pemain muda di bangku simpanan. Didalam pasukan perlu ada keseimbangan. Jika pemain muda memenuhi keseluruhan pasukan, rentak permainan akan lebih laju namun mentaliti pemain muda cepat berubah akibat dari kekurangan pengalaman dan kegagalan mengawal mental. Separuh akhir ketika bertemu pahang pasukan kedah berjaya menjinakkan skuad tok gajah 3-0 sebelum ditimbal balik kedah tewas dengan jaringan besar. Inilah risiko konsistensi pemain muda yang mahu dielak tan cheng hoe lalu mengadun keseimbangan di dalam pasukan.
No comments:
Post a Comment