Wednesday, 4 May 2016

KEDAH TOLAK TAJAAN DHERBS

Ramai yang menggelabah bila kedah menolak tajaan dherbs bernilai 30 juta ( 10juta setahun) . Nilai tersebut mampu memberi kelebihan buat pasukan kedah dari segi mendapatkan pemain import berkualiti dan meningkatkan taraf prasarana pasukan.

Namun disebalik kisah penajaan ini saya masih belum tahu atas sebab apa kfa menolak. Kemungkinan terdapat permintaan yang pada fikiran pihak kfa belum mampu disediakan kepada pihak penaja.

Walaupun terdetik sedikit kecewa dengan penolakan ini. Sebenarnya ia bagus dari segi maruah pasukan kedah yang sentiasa bersederhana dalam membentuk pasukan. Tak ramai bintang bolasepak negara yang berhijrah ke pasukan kedah. Seperti biasa pasukan kedah tetap mengutamakan kemunculan bakat bakat muda dan diasuh sehingga menjadi pemain kebangsaan. Dalam bahasa pasarnya..pasukan kedah menggunakan cara jantan untuk bersaing dalam bolasepak malaysia. Ini sangat membanggakan peminat bolasepak kedah. Tidak perlu mengharapkan tajaan mewah untuk meningkatkan prestasi lantas mengelakkan risiko dari ahli perniagaan yang ingin mengambil kesempatan.

Follow www.facebook.com/ceritahijaukuning.

Tuesday, 3 May 2016

NELSON ATAU LIRIDON LEBIH HEBAT?

Nelson sam martin pernah meniti dibibir peminat bolasepak kedah. Gandingan beliau bersama marlon alex james dan bernard hugging membawa kejayaan yang sukar ditandingi oleh pasukan lain di malaysia.

Pada ketika itu pasukan kedah mencapai kemuncak kejayaan sehinggakan berada pada ranking ke-111 dunia.Setiap pasukan yang turun ke stadium darul aman pasti berasa tidak senang hati kerana mengetahui kekuatan pasukan kedah.

Walaupun nama nelson sam martin sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan marlon alex james, beliau adalah pemberi impak sebenar dalam pasukan. Boleh dikatakan enjin pasukan kedah. Kawalan bola menarik, ringkas dan tepat menjadikan nelson sam martin pemain wajib ada dalam pasukan kedah. Pasukan kedah pernah beraksi tanpa mesin gol iaitu marlon alex james pada perlawanan akhir piala f.a. walaubagaimanapun nelson sam martin berjaya membawa anak muda kedah mencapai kejayaan. Gandingan nelson dan khyril muhaimeen berjaya merobek gawang selangor yang ketika itu dibarisi pemain serangan safee sali.

Selepas zaman kegemilangan kedah itu, tiada pengganti di bahagian tengah yang setaraf nelson. Sehingga hadir liridon krasniqi dari kosovo. Lenggok gelecekkan dan hantaran tepat kepada penyerang disajikan liridon. Beliau juga tidak malu untuk menjaringkan gol dan kerap gol yang dihasilkan dari sepakan yang unik. Kelebihan liridon yang mampu menewaskan pemain lawan dari bahagian tengah amat berkesan buat pasukan kedah sehingga berjaya membawa pasukan kedah kembali ke liga utama iaitu liga super.
Mempunyai kemahiran mengawal bola yang menakjubkan membuatkan peminat bolasepak kedah bersorak setiap kali liridon berjaya membuat tipuhelah menewaskan pemain lawan. Dimasa umur yang masih muda, liridon dilihat akan bersama kedah untuk tempoh yang panjang. Liridon juga dilihat amat bersungguh ketika beraksi diatas padang menguatkan lagi kenyataan kesetiaan beliau terhadap pasukan kedah.

Dengan aksi yang konsisten, beberapa kali beliau menjadi pemain terbaik perlawanan sehinggakan terdapat desas desus pasukan kelantan yang dibiayai dato seri vida ingin mendapatkan khidmat beliau.

Terima kasih buat nelson sam martin yang berjaya menjadikan kedah pasukan unggul dengan rekod yang sentiasa terpahat dan masih gagal dikikis pasukan lain. Buat liridon krasniqi, anda sedang meniti kegemilangan. Teruskan usaha anda. Pulun kedah pulun.

Sila copy link di bawah sekali jika anda mahu copy artikel ini.terima kasih
www.facebook.com/ceritahijaukuning

Monday, 2 May 2016

MARLON ATAU BILLY LEBIH HEBAT?

Ketika ini pemain import bahagian serangan kedah dibarisi liridon krasniqi, carlos kahe dan sandro mendonca. Bersaing di liga utama malaysia iaitu liga super amat memerlukan kehadiran import yang berkualiti. Ketika liridon krasniqi menjadi sebutan ramai dengan aksi yang cukup mengagumkan, carlos kahe pula dilihat gagal menepati kehendak pasukan.

Selepas marlon alex james dan nelson sam martin menjajah bolasepak negara dengan menyapu bersih piala selama 2 tahun. Masih tiada lagi import yang dilihat mampu menandingi mereka.

Hanya billy osman mehmet yang berjaya menghampiri tahap marlon alex james.
Walaupun statistik jaringan beliau masih jauh mengejar marlon alex james. Namun billy mehmet dilihat lebih baik dari marlon alex james dari segi permainan.

Ketika marlon alex james berlari atas padang bersama badrul baktiar, khyril muhaimeen dan nelson sam martin, billy mehmet berhempas pulas bersama pemain muda kedah yang masih cetek pengalaman. Marlon alex james dilihat mudah berjaringkan gol dengan menerima hantaran kemas nelson sam martin dan pemain tengah berwibawa. Billy mehmet pula perlu turun ke bawah untuk mencipta gerakan bersama pemain lain. Walaupun kerap melakukan serangan solo, billy mehmet berjaya membawa kedah ke tahap yang lebih baik.

Boleh dibayangkan jika billy mehmet menggantikan marlon alex james ketika itu, rekod jaringan beliau pasti boleh melepasi rekod marlon alex james.

Kesimpulannya, boleh dikatakan billy mehmet adalah pemain import serangan yang baik. Cuma beliau hadir pada saat yang salah ketika  kedah kekurangan pemain berbakat. Bukanlah ingin menidakkan kehebatan marlon alex james, hanya membandingkan kedua pemain import ini. Marlon hebat tapi billy lebih hebat. Marlon bermain bersama pasukan sempurna setiap posisi namun billy perit menerajui bahagian serangan kedah pada ketika kekurangan bakat pemain lain.

Pada final piala f.a bertemu selangor yang lama dahulu, kedah tanpa marlon alex james masih mampu menjulang juara, ini membuktikan kehebatan barisan pemain kedah yang lain.

Diharap pasukan kedah mampu mencari pemain import serangan setaraf atau lebih baik dari kedua pemain ini. Terima kasih diucapkan kepada marlon alex james dan billy osman mehmet. Jasa anda selalu dikenang.

Selamat tinggal CARLOS KAHE

Nama carlos kahe menang tak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa meniti di bibir peminat bolasepak hijau kuning.
Bukan atas faktor ledakan jaringan gol tapi lebih kepada kegagalan menjelmakan jaringan buat pasukan.

Rata-rata peminat membandingkan carlos kahe dengan pemain import penyerang musim lalu chidi edeh.

Statitik menunjukkan kahe gagal menjadi pemain harapan pasukan kedah. Terbaru perlawanan separuh akhir bertemu JDT kahe sekali lagi gagal menepati kehendak pasukan. Kahe dilihat berlegar legar tanpa arah dan kerap bersaing melakukan tandukan yang juga melibatkan pemain kedah sendiri.

Walaubagaimanapun masih nampak semangat untuk memperbaiki diri dari kahe. Pemain ini sentiasa berusaha untuk menemui rentak. Namun atas beberapa faktor kahe masih gagal.

Antara faktornya adalah umur. Memang terdapat pasukan dunia yang masih menggunakan pemain penyerang yang agak berumur. Namun gaya permainan bolasepak malaysia yang kurang dari segi taktikal agak menyukarkan kahe untuk menyerlah. Permainan bolasepak malaysia yang lebih bersifat fizikal amat sukar untuk kahe yang memiliki kekurangan dari kelajuan dan imbangan badan. Susuk tubuh kahe dilihat tidak seimbang dengan bahagian kaki kelihatan kecil dan lemah manakala agak tegap di bahagian badan.

Kahe menggunakan kekuatan badan untuk menahan asakan pemain pertahanan dan dilihat berjaya. Namun kekurangan kekuatan kaki menyebabkan kahe gagal untuk berpusing dengan laju untuk menewaskan pemain lawan. Dalam beberapa perlawanan kahe agak berfungsi dengan baik walaupun tidak menjaringkan gol, kahe berjaya mengawal bola di bahagian depan dan menunggu bantuan dari liridon, badrul dan sandro.

Dengan ini boleh dikatakan kahe bukanlah pemain gagal secara keseluruhannya, namun terdapat pemain yang lebih baik untuk dimasukkan dalam kuota pemain import. Jadi ucapan selamat tinggal diucapkan kepada carlos kahe pada perpindahan pemain nanti.