Nelson sam martin pernah meniti dibibir peminat bolasepak kedah. Gandingan beliau bersama marlon alex james dan bernard hugging membawa kejayaan yang sukar ditandingi oleh pasukan lain di malaysia.
Pada ketika itu pasukan kedah mencapai kemuncak kejayaan sehinggakan berada pada ranking ke-111 dunia.Setiap pasukan yang turun ke stadium darul aman pasti berasa tidak senang hati kerana mengetahui kekuatan pasukan kedah.
Walaupun nama nelson sam martin sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan marlon alex james, beliau adalah pemberi impak sebenar dalam pasukan. Boleh dikatakan enjin pasukan kedah. Kawalan bola menarik, ringkas dan tepat menjadikan nelson sam martin pemain wajib ada dalam pasukan kedah. Pasukan kedah pernah beraksi tanpa mesin gol iaitu marlon alex james pada perlawanan akhir piala f.a. walaubagaimanapun nelson sam martin berjaya membawa anak muda kedah mencapai kejayaan. Gandingan nelson dan khyril muhaimeen berjaya merobek gawang selangor yang ketika itu dibarisi pemain serangan safee sali.
Selepas zaman kegemilangan kedah itu, tiada pengganti di bahagian tengah yang setaraf nelson. Sehingga hadir liridon krasniqi dari kosovo. Lenggok gelecekkan dan hantaran tepat kepada penyerang disajikan liridon. Beliau juga tidak malu untuk menjaringkan gol dan kerap gol yang dihasilkan dari sepakan yang unik. Kelebihan liridon yang mampu menewaskan pemain lawan dari bahagian tengah amat berkesan buat pasukan kedah sehingga berjaya membawa pasukan kedah kembali ke liga utama iaitu liga super.
Mempunyai kemahiran mengawal bola yang menakjubkan membuatkan peminat bolasepak kedah bersorak setiap kali liridon berjaya membuat tipuhelah menewaskan pemain lawan. Dimasa umur yang masih muda, liridon dilihat akan bersama kedah untuk tempoh yang panjang. Liridon juga dilihat amat bersungguh ketika beraksi diatas padang menguatkan lagi kenyataan kesetiaan beliau terhadap pasukan kedah.
Dengan aksi yang konsisten, beberapa kali beliau menjadi pemain terbaik perlawanan sehinggakan terdapat desas desus pasukan kelantan yang dibiayai dato seri vida ingin mendapatkan khidmat beliau.
Terima kasih buat nelson sam martin yang berjaya menjadikan kedah pasukan unggul dengan rekod yang sentiasa terpahat dan masih gagal dikikis pasukan lain. Buat liridon krasniqi, anda sedang meniti kegemilangan. Teruskan usaha anda. Pulun kedah pulun.
Sila copy link di bawah sekali jika anda mahu copy artikel ini.terima kasih
www.facebook.com/ceritahijaukuning
No comments:
Post a Comment