Ketika ini pemain import bahagian serangan kedah dibarisi liridon krasniqi, carlos kahe dan sandro mendonca. Bersaing di liga utama malaysia iaitu liga super amat memerlukan kehadiran import yang berkualiti. Ketika liridon krasniqi menjadi sebutan ramai dengan aksi yang cukup mengagumkan, carlos kahe pula dilihat gagal menepati kehendak pasukan.
Selepas marlon alex james dan nelson sam martin menjajah bolasepak negara dengan menyapu bersih piala selama 2 tahun. Masih tiada lagi import yang dilihat mampu menandingi mereka.
Hanya billy osman mehmet yang berjaya menghampiri tahap marlon alex james.
Walaupun statistik jaringan beliau masih jauh mengejar marlon alex james. Namun billy mehmet dilihat lebih baik dari marlon alex james dari segi permainan.
Ketika marlon alex james berlari atas padang bersama badrul baktiar, khyril muhaimeen dan nelson sam martin, billy mehmet berhempas pulas bersama pemain muda kedah yang masih cetek pengalaman. Marlon alex james dilihat mudah berjaringkan gol dengan menerima hantaran kemas nelson sam martin dan pemain tengah berwibawa. Billy mehmet pula perlu turun ke bawah untuk mencipta gerakan bersama pemain lain. Walaupun kerap melakukan serangan solo, billy mehmet berjaya membawa kedah ke tahap yang lebih baik.
Boleh dibayangkan jika billy mehmet menggantikan marlon alex james ketika itu, rekod jaringan beliau pasti boleh melepasi rekod marlon alex james.
Kesimpulannya, boleh dikatakan billy mehmet adalah pemain import serangan yang baik. Cuma beliau hadir pada saat yang salah ketika kedah kekurangan pemain berbakat. Bukanlah ingin menidakkan kehebatan marlon alex james, hanya membandingkan kedua pemain import ini. Marlon hebat tapi billy lebih hebat. Marlon bermain bersama pasukan sempurna setiap posisi namun billy perit menerajui bahagian serangan kedah pada ketika kekurangan bakat pemain lain.
Pada final piala f.a bertemu selangor yang lama dahulu, kedah tanpa marlon alex james masih mampu menjulang juara, ini membuktikan kehebatan barisan pemain kedah yang lain.
Diharap pasukan kedah mampu mencari pemain import serangan setaraf atau lebih baik dari kedua pemain ini. Terima kasih diucapkan kepada marlon alex james dan billy osman mehmet. Jasa anda selalu dikenang.
No comments:
Post a Comment