Wednesday, 8 March 2017

Kodiang most wanted

Ni lah pekan kodiang di kedah. Pekan tua usang. Kedai2 runcit barang dah berhabuk pon masih dijual. Tengah malam kedai tutup. Yang ada pon kedai makan pattani yg beroperasi smpai pkul 2,3 pagi. Sangat leceh..

Tapi bila dh merantau lama ni.. Baru dpt rasa betapa nikmatnya kodiang. Betapa beruntungnya ada kg di kodiang. Nikmatnya balik kampung tu lain macam. Bila pijak kaki di kg rs mcm nak koyak baju bt gaya ballotelli nk tunjuk kt org betapa puasnya dapat balik kg.haha..

Disinilah tmpt makanan sedap dgn harga murah. Teh tarik dibancuh makcik2 penuh kasih syg sedap bak hang. X sama mcm mamak bancuh nk cepat siap kdg2 kelat ,kadang2 manis ,kdg2 ada bulu lengan dia. Di klang ni orang pakat serbu berebut la cendoi kawan tu..rezeki dia.. Time makan tu dlm hati aku ' kesian depa belum rs cendoi di kodiang' kata aku sambil join depa berebut skali sebab sangap jugak cendoi.hahahahaha.

Disini (klang) pagi2 kenderaan menderu keluar pi keja singgah beli nasik lemak.kelam kabut la org jual nasik lemak tu habis sambal pelanting keluar dr surat khabar balut nasik. Mandangkan aku keja sendiri aku bg dia siapkan org lain punya dulu. Time tu la tringat kat kodiang. Pagi2 bunyi burung lagi kuat dari bunyi kenderaan. Memang ada pertambahan kenderaan kluar dari kampung hantar anak sekolah, yang keja pejabat n mcm2 lagi. Tapi keadaan masih tenang. Sambil beli nasik lemak tu sempat baca suratkhabar bhgian sukan sampai habis. Tak payah la nasi lemak hipster warna pink ka apa.. Aku wakilkan nasi lemak kodiang yg paling cikai harga rm1 saja utk btanding. Kompom tapau habis. Ataupun letak syarat boleh makan sbungkus saja tak boleh tambah. Tengok jadi sawan dak.hehe.

Di kodiang ni aku tak heran kalau minyak moto tinggal setitik pon berani bwak lg. Tak pakai helmet pon x heran. Setiap lorong shortcut smua dalam tangan.

Selalu aku dok crita kt kwn2.. Di kodiang boleh tengok sawah sehabis lekuk bumi. Todia.. Ketapi yg kedudukan jarak jauh pon boleh nampak.

Best wei dok kodiang.. Aku rs dah 5 kali aku burn tiket bus bila balik kodiang. Mesti ada lajak..

Panjang aku taip..rindu kodiang.huhu..
Terima kasih mak abah sebab besarkan aku di kodiang. Rasa nak pitam kalau bayangkan mak abah aku asal dr kl.huhu..

KODIANG.. Tempat sempurna untuk digelar kampung.

Wednesday, 4 May 2016

KEDAH TOLAK TAJAAN DHERBS

Ramai yang menggelabah bila kedah menolak tajaan dherbs bernilai 30 juta ( 10juta setahun) . Nilai tersebut mampu memberi kelebihan buat pasukan kedah dari segi mendapatkan pemain import berkualiti dan meningkatkan taraf prasarana pasukan.

Namun disebalik kisah penajaan ini saya masih belum tahu atas sebab apa kfa menolak. Kemungkinan terdapat permintaan yang pada fikiran pihak kfa belum mampu disediakan kepada pihak penaja.

Walaupun terdetik sedikit kecewa dengan penolakan ini. Sebenarnya ia bagus dari segi maruah pasukan kedah yang sentiasa bersederhana dalam membentuk pasukan. Tak ramai bintang bolasepak negara yang berhijrah ke pasukan kedah. Seperti biasa pasukan kedah tetap mengutamakan kemunculan bakat bakat muda dan diasuh sehingga menjadi pemain kebangsaan. Dalam bahasa pasarnya..pasukan kedah menggunakan cara jantan untuk bersaing dalam bolasepak malaysia. Ini sangat membanggakan peminat bolasepak kedah. Tidak perlu mengharapkan tajaan mewah untuk meningkatkan prestasi lantas mengelakkan risiko dari ahli perniagaan yang ingin mengambil kesempatan.

Follow www.facebook.com/ceritahijaukuning.

Tuesday, 3 May 2016

NELSON ATAU LIRIDON LEBIH HEBAT?

Nelson sam martin pernah meniti dibibir peminat bolasepak kedah. Gandingan beliau bersama marlon alex james dan bernard hugging membawa kejayaan yang sukar ditandingi oleh pasukan lain di malaysia.

Pada ketika itu pasukan kedah mencapai kemuncak kejayaan sehinggakan berada pada ranking ke-111 dunia.Setiap pasukan yang turun ke stadium darul aman pasti berasa tidak senang hati kerana mengetahui kekuatan pasukan kedah.

Walaupun nama nelson sam martin sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan marlon alex james, beliau adalah pemberi impak sebenar dalam pasukan. Boleh dikatakan enjin pasukan kedah. Kawalan bola menarik, ringkas dan tepat menjadikan nelson sam martin pemain wajib ada dalam pasukan kedah. Pasukan kedah pernah beraksi tanpa mesin gol iaitu marlon alex james pada perlawanan akhir piala f.a. walaubagaimanapun nelson sam martin berjaya membawa anak muda kedah mencapai kejayaan. Gandingan nelson dan khyril muhaimeen berjaya merobek gawang selangor yang ketika itu dibarisi pemain serangan safee sali.

Selepas zaman kegemilangan kedah itu, tiada pengganti di bahagian tengah yang setaraf nelson. Sehingga hadir liridon krasniqi dari kosovo. Lenggok gelecekkan dan hantaran tepat kepada penyerang disajikan liridon. Beliau juga tidak malu untuk menjaringkan gol dan kerap gol yang dihasilkan dari sepakan yang unik. Kelebihan liridon yang mampu menewaskan pemain lawan dari bahagian tengah amat berkesan buat pasukan kedah sehingga berjaya membawa pasukan kedah kembali ke liga utama iaitu liga super.
Mempunyai kemahiran mengawal bola yang menakjubkan membuatkan peminat bolasepak kedah bersorak setiap kali liridon berjaya membuat tipuhelah menewaskan pemain lawan. Dimasa umur yang masih muda, liridon dilihat akan bersama kedah untuk tempoh yang panjang. Liridon juga dilihat amat bersungguh ketika beraksi diatas padang menguatkan lagi kenyataan kesetiaan beliau terhadap pasukan kedah.

Dengan aksi yang konsisten, beberapa kali beliau menjadi pemain terbaik perlawanan sehinggakan terdapat desas desus pasukan kelantan yang dibiayai dato seri vida ingin mendapatkan khidmat beliau.

Terima kasih buat nelson sam martin yang berjaya menjadikan kedah pasukan unggul dengan rekod yang sentiasa terpahat dan masih gagal dikikis pasukan lain. Buat liridon krasniqi, anda sedang meniti kegemilangan. Teruskan usaha anda. Pulun kedah pulun.

Sila copy link di bawah sekali jika anda mahu copy artikel ini.terima kasih
www.facebook.com/ceritahijaukuning

Monday, 2 May 2016

MARLON ATAU BILLY LEBIH HEBAT?

Ketika ini pemain import bahagian serangan kedah dibarisi liridon krasniqi, carlos kahe dan sandro mendonca. Bersaing di liga utama malaysia iaitu liga super amat memerlukan kehadiran import yang berkualiti. Ketika liridon krasniqi menjadi sebutan ramai dengan aksi yang cukup mengagumkan, carlos kahe pula dilihat gagal menepati kehendak pasukan.

Selepas marlon alex james dan nelson sam martin menjajah bolasepak negara dengan menyapu bersih piala selama 2 tahun. Masih tiada lagi import yang dilihat mampu menandingi mereka.

Hanya billy osman mehmet yang berjaya menghampiri tahap marlon alex james.
Walaupun statistik jaringan beliau masih jauh mengejar marlon alex james. Namun billy mehmet dilihat lebih baik dari marlon alex james dari segi permainan.

Ketika marlon alex james berlari atas padang bersama badrul baktiar, khyril muhaimeen dan nelson sam martin, billy mehmet berhempas pulas bersama pemain muda kedah yang masih cetek pengalaman. Marlon alex james dilihat mudah berjaringkan gol dengan menerima hantaran kemas nelson sam martin dan pemain tengah berwibawa. Billy mehmet pula perlu turun ke bawah untuk mencipta gerakan bersama pemain lain. Walaupun kerap melakukan serangan solo, billy mehmet berjaya membawa kedah ke tahap yang lebih baik.

Boleh dibayangkan jika billy mehmet menggantikan marlon alex james ketika itu, rekod jaringan beliau pasti boleh melepasi rekod marlon alex james.

Kesimpulannya, boleh dikatakan billy mehmet adalah pemain import serangan yang baik. Cuma beliau hadir pada saat yang salah ketika  kedah kekurangan pemain berbakat. Bukanlah ingin menidakkan kehebatan marlon alex james, hanya membandingkan kedua pemain import ini. Marlon hebat tapi billy lebih hebat. Marlon bermain bersama pasukan sempurna setiap posisi namun billy perit menerajui bahagian serangan kedah pada ketika kekurangan bakat pemain lain.

Pada final piala f.a bertemu selangor yang lama dahulu, kedah tanpa marlon alex james masih mampu menjulang juara, ini membuktikan kehebatan barisan pemain kedah yang lain.

Diharap pasukan kedah mampu mencari pemain import serangan setaraf atau lebih baik dari kedua pemain ini. Terima kasih diucapkan kepada marlon alex james dan billy osman mehmet. Jasa anda selalu dikenang.

Selamat tinggal CARLOS KAHE

Nama carlos kahe menang tak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa meniti di bibir peminat bolasepak hijau kuning.
Bukan atas faktor ledakan jaringan gol tapi lebih kepada kegagalan menjelmakan jaringan buat pasukan.

Rata-rata peminat membandingkan carlos kahe dengan pemain import penyerang musim lalu chidi edeh.

Statitik menunjukkan kahe gagal menjadi pemain harapan pasukan kedah. Terbaru perlawanan separuh akhir bertemu JDT kahe sekali lagi gagal menepati kehendak pasukan. Kahe dilihat berlegar legar tanpa arah dan kerap bersaing melakukan tandukan yang juga melibatkan pemain kedah sendiri.

Walaubagaimanapun masih nampak semangat untuk memperbaiki diri dari kahe. Pemain ini sentiasa berusaha untuk menemui rentak. Namun atas beberapa faktor kahe masih gagal.

Antara faktornya adalah umur. Memang terdapat pasukan dunia yang masih menggunakan pemain penyerang yang agak berumur. Namun gaya permainan bolasepak malaysia yang kurang dari segi taktikal agak menyukarkan kahe untuk menyerlah. Permainan bolasepak malaysia yang lebih bersifat fizikal amat sukar untuk kahe yang memiliki kekurangan dari kelajuan dan imbangan badan. Susuk tubuh kahe dilihat tidak seimbang dengan bahagian kaki kelihatan kecil dan lemah manakala agak tegap di bahagian badan.

Kahe menggunakan kekuatan badan untuk menahan asakan pemain pertahanan dan dilihat berjaya. Namun kekurangan kekuatan kaki menyebabkan kahe gagal untuk berpusing dengan laju untuk menewaskan pemain lawan. Dalam beberapa perlawanan kahe agak berfungsi dengan baik walaupun tidak menjaringkan gol, kahe berjaya mengawal bola di bahagian depan dan menunggu bantuan dari liridon, badrul dan sandro.

Dengan ini boleh dikatakan kahe bukanlah pemain gagal secara keseluruhannya, namun terdapat pemain yang lebih baik untuk dimasukkan dalam kuota pemain import. Jadi ucapan selamat tinggal diucapkan kepada carlos kahe pada perpindahan pemain nanti.

Tuesday, 12 April 2016

BUKAN SALAH TAN CHENG HOE, HABIS SALAH SIAPA?

Kedah mencatat rekod seri yang banyak sehingga keciciran mata di dalam liga super dan peminat kebanyakan telah mengecam jurulatih tan cheng hoe. Kemasukan carlos kahe yang gagal memberi impak juga menjadi alasan kemarahan peminat bolasepak kedah makin membuak.

Namun sebagai peminat yang berfikir, perlu untuk bertenang dan mengetahui apakah rasionalnya peminat untuk marah.

Faktor carlos kahe bukanlah sengaja dipejam mata oleh tan cheng hoe.
Saya percaya carlos kahe akan ditukar pada perpindahan terdekat ini. Namun sebelum tarikh perpindahan tiba, carlos kahe adalah pilihan terbaik dibarisan serangan pasukan kedah. Syafiq ahmad dilihat belum matang untuk diturunkan sebagai penyerang utama dikala saingan liga super adalah berbeza dengan liga premier. Syafiq banyak kehilangan bola akibat dari kekurangan fizikal manakala carlos kahe walaupun dilihat kurang bernafsu namun berjaya mengawal bola sebelum bantuan serangan dari rakan tiba.

Rekod seri yang banyak mengundang marah peminat yang menyalahkan taktikal tan cheng hoe. Peminat perlu memikirkan tentang perbezaan liga yang ketara. Jika musim lalu pasukan kedah berjaya menakluk liga premier. Namun misi menakluk liga super dilihat sedikit sukar dengan adanya pasukan lain yang lebih mantap. Walaupun seri ,disebaliknya pasukan kedah musim ini adalah lebih mantap dengan kemasukan tenaga muda yang lebih ghairah untuk mencipta kemenangan. Tan cheng hoe pasti sedang berusaha keras menaikkan prestasi pemain.

Ada juga peminat menyalahkan pemilihan pemain senior dari pemain muda di bangku simpanan. Didalam pasukan perlu ada keseimbangan. Jika pemain muda memenuhi keseluruhan pasukan, rentak permainan akan lebih laju namun mentaliti pemain muda cepat berubah akibat dari kekurangan pengalaman dan kegagalan mengawal mental. Separuh akhir ketika bertemu pahang pasukan kedah berjaya menjinakkan skuad tok gajah 3-0 sebelum ditimbal balik kedah tewas dengan jaringan besar. Inilah risiko konsistensi pemain muda yang mahu dielak tan cheng hoe lalu mengadun keseimbangan di dalam pasukan.

Thursday, 31 March 2016

Tiki taka KEDAH atau JDT?

Mula menjadi bualan selepas pasukan sepanyol berjaya menawan dunia dengan mengamalkan prinsip bolasepak tiki taka walaupun sudah wujud sebelum itu lagi.

Kini mula menular ke seluruh pelusuk dunia tidak berkecuali bolasepak malaysia.Gaya build up serangan yang kemas,mudah dan berkesan mula digunakan pasukan bertaraf dunia di malaysia seperti JDT.Dan kejayaan terus menyusul apabila JDT berjaya menyandang kejuaaran piala afc.

Musim 2016 pasukan kedah yang menjuarai liga premier musim lalu mula membuka mata peminat bolasepak negara.Ramai berpendapat pasukan kedah mengamalkan permainan menarik mirip pasukan JDT.

Liridon krasniqi,sandro mendonca dan badrul baktiar kerap berlegar di bahagian tengah mengatur serangan melalui hantaran pendek yang kemas dan bermisi.Ini menyebabkan pertahanan lawan akan sedikit naik ke atas untuk mengganggu penguasaan bola dari pasukan kedah sekaligus membuka ruang buat pasukan kedah menyerang.

Di bahagian sayap pemain paling meningkat naik kedah iaitu syazwan zainon kerap kali melakukan serangan dengan hantaran lintang dan cut back yang tepat.Ini sangat membantu penyerang menjaringkan gol.

Ramai pemerhati bolasepak menantikan pertemuan pasukan kedah menentang JDT untuk melihat pasukan mana yang mampu menterjemahkan permainan yang lebih menarik.