Wednesday, 4 May 2016

KEDAH TOLAK TAJAAN DHERBS

Ramai yang menggelabah bila kedah menolak tajaan dherbs bernilai 30 juta ( 10juta setahun) . Nilai tersebut mampu memberi kelebihan buat pasukan kedah dari segi mendapatkan pemain import berkualiti dan meningkatkan taraf prasarana pasukan.

Namun disebalik kisah penajaan ini saya masih belum tahu atas sebab apa kfa menolak. Kemungkinan terdapat permintaan yang pada fikiran pihak kfa belum mampu disediakan kepada pihak penaja.

Walaupun terdetik sedikit kecewa dengan penolakan ini. Sebenarnya ia bagus dari segi maruah pasukan kedah yang sentiasa bersederhana dalam membentuk pasukan. Tak ramai bintang bolasepak negara yang berhijrah ke pasukan kedah. Seperti biasa pasukan kedah tetap mengutamakan kemunculan bakat bakat muda dan diasuh sehingga menjadi pemain kebangsaan. Dalam bahasa pasarnya..pasukan kedah menggunakan cara jantan untuk bersaing dalam bolasepak malaysia. Ini sangat membanggakan peminat bolasepak kedah. Tidak perlu mengharapkan tajaan mewah untuk meningkatkan prestasi lantas mengelakkan risiko dari ahli perniagaan yang ingin mengambil kesempatan.

Follow www.facebook.com/ceritahijaukuning.

Tuesday, 3 May 2016

NELSON ATAU LIRIDON LEBIH HEBAT?

Nelson sam martin pernah meniti dibibir peminat bolasepak kedah. Gandingan beliau bersama marlon alex james dan bernard hugging membawa kejayaan yang sukar ditandingi oleh pasukan lain di malaysia.

Pada ketika itu pasukan kedah mencapai kemuncak kejayaan sehinggakan berada pada ranking ke-111 dunia.Setiap pasukan yang turun ke stadium darul aman pasti berasa tidak senang hati kerana mengetahui kekuatan pasukan kedah.

Walaupun nama nelson sam martin sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan marlon alex james, beliau adalah pemberi impak sebenar dalam pasukan. Boleh dikatakan enjin pasukan kedah. Kawalan bola menarik, ringkas dan tepat menjadikan nelson sam martin pemain wajib ada dalam pasukan kedah. Pasukan kedah pernah beraksi tanpa mesin gol iaitu marlon alex james pada perlawanan akhir piala f.a. walaubagaimanapun nelson sam martin berjaya membawa anak muda kedah mencapai kejayaan. Gandingan nelson dan khyril muhaimeen berjaya merobek gawang selangor yang ketika itu dibarisi pemain serangan safee sali.

Selepas zaman kegemilangan kedah itu, tiada pengganti di bahagian tengah yang setaraf nelson. Sehingga hadir liridon krasniqi dari kosovo. Lenggok gelecekkan dan hantaran tepat kepada penyerang disajikan liridon. Beliau juga tidak malu untuk menjaringkan gol dan kerap gol yang dihasilkan dari sepakan yang unik. Kelebihan liridon yang mampu menewaskan pemain lawan dari bahagian tengah amat berkesan buat pasukan kedah sehingga berjaya membawa pasukan kedah kembali ke liga utama iaitu liga super.
Mempunyai kemahiran mengawal bola yang menakjubkan membuatkan peminat bolasepak kedah bersorak setiap kali liridon berjaya membuat tipuhelah menewaskan pemain lawan. Dimasa umur yang masih muda, liridon dilihat akan bersama kedah untuk tempoh yang panjang. Liridon juga dilihat amat bersungguh ketika beraksi diatas padang menguatkan lagi kenyataan kesetiaan beliau terhadap pasukan kedah.

Dengan aksi yang konsisten, beberapa kali beliau menjadi pemain terbaik perlawanan sehinggakan terdapat desas desus pasukan kelantan yang dibiayai dato seri vida ingin mendapatkan khidmat beliau.

Terima kasih buat nelson sam martin yang berjaya menjadikan kedah pasukan unggul dengan rekod yang sentiasa terpahat dan masih gagal dikikis pasukan lain. Buat liridon krasniqi, anda sedang meniti kegemilangan. Teruskan usaha anda. Pulun kedah pulun.

Sila copy link di bawah sekali jika anda mahu copy artikel ini.terima kasih
www.facebook.com/ceritahijaukuning

Monday, 2 May 2016

MARLON ATAU BILLY LEBIH HEBAT?

Ketika ini pemain import bahagian serangan kedah dibarisi liridon krasniqi, carlos kahe dan sandro mendonca. Bersaing di liga utama malaysia iaitu liga super amat memerlukan kehadiran import yang berkualiti. Ketika liridon krasniqi menjadi sebutan ramai dengan aksi yang cukup mengagumkan, carlos kahe pula dilihat gagal menepati kehendak pasukan.

Selepas marlon alex james dan nelson sam martin menjajah bolasepak negara dengan menyapu bersih piala selama 2 tahun. Masih tiada lagi import yang dilihat mampu menandingi mereka.

Hanya billy osman mehmet yang berjaya menghampiri tahap marlon alex james.
Walaupun statistik jaringan beliau masih jauh mengejar marlon alex james. Namun billy mehmet dilihat lebih baik dari marlon alex james dari segi permainan.

Ketika marlon alex james berlari atas padang bersama badrul baktiar, khyril muhaimeen dan nelson sam martin, billy mehmet berhempas pulas bersama pemain muda kedah yang masih cetek pengalaman. Marlon alex james dilihat mudah berjaringkan gol dengan menerima hantaran kemas nelson sam martin dan pemain tengah berwibawa. Billy mehmet pula perlu turun ke bawah untuk mencipta gerakan bersama pemain lain. Walaupun kerap melakukan serangan solo, billy mehmet berjaya membawa kedah ke tahap yang lebih baik.

Boleh dibayangkan jika billy mehmet menggantikan marlon alex james ketika itu, rekod jaringan beliau pasti boleh melepasi rekod marlon alex james.

Kesimpulannya, boleh dikatakan billy mehmet adalah pemain import serangan yang baik. Cuma beliau hadir pada saat yang salah ketika  kedah kekurangan pemain berbakat. Bukanlah ingin menidakkan kehebatan marlon alex james, hanya membandingkan kedua pemain import ini. Marlon hebat tapi billy lebih hebat. Marlon bermain bersama pasukan sempurna setiap posisi namun billy perit menerajui bahagian serangan kedah pada ketika kekurangan bakat pemain lain.

Pada final piala f.a bertemu selangor yang lama dahulu, kedah tanpa marlon alex james masih mampu menjulang juara, ini membuktikan kehebatan barisan pemain kedah yang lain.

Diharap pasukan kedah mampu mencari pemain import serangan setaraf atau lebih baik dari kedua pemain ini. Terima kasih diucapkan kepada marlon alex james dan billy osman mehmet. Jasa anda selalu dikenang.

Selamat tinggal CARLOS KAHE

Nama carlos kahe menang tak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa meniti di bibir peminat bolasepak hijau kuning.
Bukan atas faktor ledakan jaringan gol tapi lebih kepada kegagalan menjelmakan jaringan buat pasukan.

Rata-rata peminat membandingkan carlos kahe dengan pemain import penyerang musim lalu chidi edeh.

Statitik menunjukkan kahe gagal menjadi pemain harapan pasukan kedah. Terbaru perlawanan separuh akhir bertemu JDT kahe sekali lagi gagal menepati kehendak pasukan. Kahe dilihat berlegar legar tanpa arah dan kerap bersaing melakukan tandukan yang juga melibatkan pemain kedah sendiri.

Walaubagaimanapun masih nampak semangat untuk memperbaiki diri dari kahe. Pemain ini sentiasa berusaha untuk menemui rentak. Namun atas beberapa faktor kahe masih gagal.

Antara faktornya adalah umur. Memang terdapat pasukan dunia yang masih menggunakan pemain penyerang yang agak berumur. Namun gaya permainan bolasepak malaysia yang kurang dari segi taktikal agak menyukarkan kahe untuk menyerlah. Permainan bolasepak malaysia yang lebih bersifat fizikal amat sukar untuk kahe yang memiliki kekurangan dari kelajuan dan imbangan badan. Susuk tubuh kahe dilihat tidak seimbang dengan bahagian kaki kelihatan kecil dan lemah manakala agak tegap di bahagian badan.

Kahe menggunakan kekuatan badan untuk menahan asakan pemain pertahanan dan dilihat berjaya. Namun kekurangan kekuatan kaki menyebabkan kahe gagal untuk berpusing dengan laju untuk menewaskan pemain lawan. Dalam beberapa perlawanan kahe agak berfungsi dengan baik walaupun tidak menjaringkan gol, kahe berjaya mengawal bola di bahagian depan dan menunggu bantuan dari liridon, badrul dan sandro.

Dengan ini boleh dikatakan kahe bukanlah pemain gagal secara keseluruhannya, namun terdapat pemain yang lebih baik untuk dimasukkan dalam kuota pemain import. Jadi ucapan selamat tinggal diucapkan kepada carlos kahe pada perpindahan pemain nanti.

Tuesday, 12 April 2016

BUKAN SALAH TAN CHENG HOE, HABIS SALAH SIAPA?

Kedah mencatat rekod seri yang banyak sehingga keciciran mata di dalam liga super dan peminat kebanyakan telah mengecam jurulatih tan cheng hoe. Kemasukan carlos kahe yang gagal memberi impak juga menjadi alasan kemarahan peminat bolasepak kedah makin membuak.

Namun sebagai peminat yang berfikir, perlu untuk bertenang dan mengetahui apakah rasionalnya peminat untuk marah.

Faktor carlos kahe bukanlah sengaja dipejam mata oleh tan cheng hoe.
Saya percaya carlos kahe akan ditukar pada perpindahan terdekat ini. Namun sebelum tarikh perpindahan tiba, carlos kahe adalah pilihan terbaik dibarisan serangan pasukan kedah. Syafiq ahmad dilihat belum matang untuk diturunkan sebagai penyerang utama dikala saingan liga super adalah berbeza dengan liga premier. Syafiq banyak kehilangan bola akibat dari kekurangan fizikal manakala carlos kahe walaupun dilihat kurang bernafsu namun berjaya mengawal bola sebelum bantuan serangan dari rakan tiba.

Rekod seri yang banyak mengundang marah peminat yang menyalahkan taktikal tan cheng hoe. Peminat perlu memikirkan tentang perbezaan liga yang ketara. Jika musim lalu pasukan kedah berjaya menakluk liga premier. Namun misi menakluk liga super dilihat sedikit sukar dengan adanya pasukan lain yang lebih mantap. Walaupun seri ,disebaliknya pasukan kedah musim ini adalah lebih mantap dengan kemasukan tenaga muda yang lebih ghairah untuk mencipta kemenangan. Tan cheng hoe pasti sedang berusaha keras menaikkan prestasi pemain.

Ada juga peminat menyalahkan pemilihan pemain senior dari pemain muda di bangku simpanan. Didalam pasukan perlu ada keseimbangan. Jika pemain muda memenuhi keseluruhan pasukan, rentak permainan akan lebih laju namun mentaliti pemain muda cepat berubah akibat dari kekurangan pengalaman dan kegagalan mengawal mental. Separuh akhir ketika bertemu pahang pasukan kedah berjaya menjinakkan skuad tok gajah 3-0 sebelum ditimbal balik kedah tewas dengan jaringan besar. Inilah risiko konsistensi pemain muda yang mahu dielak tan cheng hoe lalu mengadun keseimbangan di dalam pasukan.

Thursday, 31 March 2016

Tiki taka KEDAH atau JDT?

Mula menjadi bualan selepas pasukan sepanyol berjaya menawan dunia dengan mengamalkan prinsip bolasepak tiki taka walaupun sudah wujud sebelum itu lagi.

Kini mula menular ke seluruh pelusuk dunia tidak berkecuali bolasepak malaysia.Gaya build up serangan yang kemas,mudah dan berkesan mula digunakan pasukan bertaraf dunia di malaysia seperti JDT.Dan kejayaan terus menyusul apabila JDT berjaya menyandang kejuaaran piala afc.

Musim 2016 pasukan kedah yang menjuarai liga premier musim lalu mula membuka mata peminat bolasepak negara.Ramai berpendapat pasukan kedah mengamalkan permainan menarik mirip pasukan JDT.

Liridon krasniqi,sandro mendonca dan badrul baktiar kerap berlegar di bahagian tengah mengatur serangan melalui hantaran pendek yang kemas dan bermisi.Ini menyebabkan pertahanan lawan akan sedikit naik ke atas untuk mengganggu penguasaan bola dari pasukan kedah sekaligus membuka ruang buat pasukan kedah menyerang.

Di bahagian sayap pemain paling meningkat naik kedah iaitu syazwan zainon kerap kali melakukan serangan dengan hantaran lintang dan cut back yang tepat.Ini sangat membantu penyerang menjaringkan gol.

Ramai pemerhati bolasepak menantikan pertemuan pasukan kedah menentang JDT untuk melihat pasukan mana yang mampu menterjemahkan permainan yang lebih menarik.

Kedah akan berkuasa tidak lama lagi.

Musim lalu kedah berjaya merangkul kejuaraan liga perdana dan muncul naib juara piala malaysia setelah tewas kepada selangor.Hampir hampir untuk merangkul 2 piala musim lepas menjadikan pasukan kedah bersemangat untuk menyinar musim ini.

Musim ini kedah berjaya menyesuaikan diri dengan pasukan liga super.Walaupun tidak mencatat kemenangan 100% kedah masih boleh dianggap pencabar kejuaraan.Kini kedah masih meneruskan cabaran suku akhir piala f.a 2016 dengan mendahului sabah 2-1 pada perlawanan pertama suku akhir di sabah.

Kemasukan tenaga muda berbakat juga menambah sengat pasukan kedah.Pemain seperti arif farhan,farhan abu bakar,farhan roslan dan amirul hisyam menjadikan kedah akan terus menekan pasukan lain sekaligus mencabar kejuaraan ditambah dengan kehadiran pemain muda lain seperti syazwan tajuddin,hanif dzahir dan lain-lain.

Bunga-bunga kedah akan dominasi bolasepak negara kembali mekar setelah bakat anak anak muda ini disusun cantik oleh jurulatih tan cheng hoe.

Gaya permainan kedah yang melakukan build up serangan juga berjaya membuka mata peminat bolasepak tanahair.

Kekalnya 3 pemain import musim lalu iaitu liridon krasniqi,bang seung hwan dan sandro mendonca mengukuhkan asas permainan pasukan kedah.

Dari pandangan saya,pasukan kedah akan dipuncak kegemilangan dalam tempoh 4 tahun lagi.

Biarpun terdapat pasukan di selatan yang bertaraf dunia.Saya lebih suka cara 'jantan' kebangkitan pasukan bolasepak kedah yang selalu kita lakukan sebelum ini.

Kisah semangat juang pasukan futsal

DFrenz futsal team..
Nama yang tidak gah.Tak siapa kenal mereka.Namun ada kisah sebaliknya dengan pasukan ini yang akan mengajar anda untuk tidak berputus asa.

Ini kisahnya..
Mereka merupakan pasukan futsal yang bertempat di kodiang kedah.Dibarisi sekelompok pemain berasal dari kawasan setempat.Tanpa sebarang peruntukan penajaan, pasukan ini sentiasa mencari alternatif untuk menyertai kejohanan bertaraf kampung.Bayangkan wang penyertaan masih menjadi masalah kepada mereka.

Penyelesaian kepada masalah mereka, setiap pemain bekerja separuh masa selepas pulang dari sekolah bagi mengumpul wang penyertaan.Begitulah mereka survive dalam minat terhadap bolasepak.Walaupun gagal memenangi sebarang pertandingan mereka tetap tak pernah luntur semangat.Kebanyakan pertandingan bolasepak setempat berjaya disertai membawa nama Dfrenz yang diambil sempena persahabatan antara mereka.

Sinar kebangkitan mereka bermula apabila salah seorang penduduk kampung yang bernama Adon sudi untuk membantu serba sedikit atas kemampuan beliau seperti pengangkutan dan wang ringgit.Adon juga mengajak rakannya faiz untuk turut serta memandangkan faiz mempunyai kebolehan untuk mengasah bakat mereka berdasarkan status bekas pemain piala presiden.

Adon dan faiz mula memasang tapak kebangkitan dfrenz walaupun masih kekurangan dari segenap segi.Amin yang berbakat dalam menjaga gawang juga hadir membantu setelah melihat kesungguhan anak muda dfrenz ini menjalani latihan.

Setelah mereka lengkap dari segi kejurulatihan, kemahiran berjaya ditingkatkan.Prestasi pasukan Dfrenz mula menjadi perhatian oliver,seorang anggota polis berasal dari sabah.Oliver menghulurkan salam perkenalan kepada dfrenz dan kemasukan oliver menjadikan dfrenz berjaya mendapat kejayaan di peringkat setempat walaupun masih menggunakan pemain yang sama.

Kini barisan pengurusan dfrenz terdiri dari adon,faiz,amin,oliver dan redhuan.Mereka melakukan segala galanya ikhlas tanpa gaji atau elaun bahkan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan poket sendiri atas dasar membantu sehabis mungkin anak anak muda ini mencapai impian mereka untuk bersaing diperingkat kebangsaan.

Kini pasukan dfrenz berjaya muncul antara pasukan yang digeruni di pertandingan setempat.Kesungguhan barisan pengurusan dan pemain amat jelas.

Tanpa kelengkapan yang cukup,mereka tetap mengatur latihan dan jadual buat anak anak buah mereka.Latihan diadakan di gelanggang futsal kg siputeh.

Mereka masih tiada penaja untuk mendapatkan kelengkapan latihan seperti bola tambahan, jaring gol dan sebagainya.Mereka akan terus berusaha untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.


Ikuti perkembangan mereka dengan like page facebook D'frenz futsal team.


Abah , malam ni kedah tak lawan ka?

"Abah, malam ni kedah tak lawan ka?"
"Mana ada ceq oi..haritu dah menang dah"

Itulah antara dialog yang samar samar bagi aku ketika masih tadika.Ketika seluruh kampung penuh dengan bendera hijau kuning dan bendera rasmi merah memenuhi tiang dan pokok-pokok.Lagu biar jasa jadi kenangan sentiasa diputarkan.

Ketika itu aku taktau apa yang kedah menang.Aku tak pernah tanya apa itu piala f.a,piala malaysia atau liga perdana 1 atau 2.Semenjak aku kenal bolasepak pasukan kedah memang dipuncak.Sentiasa menang dan menang.Bagi aku kekalahan kedah agak seperti malapetaka.Dalam perjalanan pulang dari stadium,abah selalu komen permainan kedah dengan rakan-rakan dalam kereta.Aku hanya diam dan mendengar setiap perinci perbincangan tu.

Situasi dulu dengan sekarang tak sama.Abah dan kawan kawan tak pernah pakai baju hijau kuning di stadium darulaman.Mereka pakai baju berkolar warna kelabu,merah,putih dan macam macam warna.Kawan kawan abah ada yang ke stadium berkemeja tanpa mengenakan butang.Sampai stadium balut rokok daun dan bersila.

Pertama kali aku ikut abah sampai ke stadium shah alam.time tu memang tak terkata aku dibuatnya oleh kehebatan stadium shah alam."orang selangor orang kaya abah noh" kata aku tapi tak dilayan abah.haha. Masuk dalam stadium aku dapat tengok penyokong selangor yang penuh warna merah kuning.Aku mula jatuh hati dengan penyokong selangor.Penyokong selangor bagi aku adalah penyokong bolasepak omputih.Mereka memakai baju merah kuning dan lengkap topi@snowcap merah kuning.

Didalam stadium aku gagal berikan tumpuan terhadap perlawanan disebabkan terlalu asyik melihat stadium dan penyokong selangor.keputusan perlawanan kedah yang masih dibarisi skuad terkenal seperti che zambil,ahmad sobri dan lain-lain tewas 1-5 di tangan selangor.Selangor ketika itu ada zainal abidin tapi dah turun main defend bukan penyerang lagi.Tak salah aku penyerang azman adnan.

Sebab tu lah bila kedah menang 3-2 piala f.a( x silap aku) menentang selangor tahun 2007/2008 aku terlompat lompat sambil mengangkat tangan tanpa suara sebab aku tengok tv sorang2 di rumah sewa.Puas hati aku..baru aku tau dalam badan aku memang tak dapat dipisahkan dengan bolasepak kedah.

Satu persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini.Dimanakah cheah kean seng?Pemain bolasepak kedah yang hebat namun lahir di zaman yang salah dimana kedah terseksa untuk survive dalam bolasepak tempatan.

Ada info tentang cheah kean seng?

Penulisan di atas adalah berdasarkan memori samar samar bukan diambil dari  fakta sejarah.

SENANG SAJA..SEMUA SALAH FAM

Nukilan hari ini di tengah malam.Belek facebook dan terbaca tentang bolasepak malaysia.Rata-rata komen dan menyalahkan pucuk kepimpinan FAM.

Memang ada gaya FAM tidak bertindak mengikut sepertimana yang perlu.Dan tampuk pucuk pimpinan juga agak menjadi pelik apabila dikuasai oleh individu yang sama sekian lamanya.Dan kita sebagai penyokong bolasepak juga menjadikan FAM alasan utama apabila gagal.Sama seperti Najib sebagai pemimpin negara.Tak cukup duit hantaran kahwin pon dikaitkan dengan najib.haha.Secara mudah untuk mencari alasan kegagalan itulah negatifnya kebanyakan rakyat malaysia kini.

Tapi bila dipikirkan semula.FAM dah lali dengan segala serangan dan kritikan.Adakah kita perlu terus melakukan kerja sia-sia menekan FAM? apabila FAM menukar kepimpinan dan skuad malaysia masih lagi tak berjaya diperingkat asia mahupun asia tenggara  siapa lagi yang harus dituding jari tengah?

Cara mudah menggambarkan situasi ini adalah.

Pemain bolasepak sebagai pelajar di dalam sebuah kelas.Guru seorang yang pemalas asyik mintak duit nak photostat bahan belajar.Duit photostat selalu beliau dapat komisen.Guru ni tak pernah dipecat sebab kamcing dengan guru besar.Penyokong sebagai ibubapa kepada pelajar(pemain bola) sentiasa menekan guru itu tapi tetap tak jalan.Dan pelajar akan melekat alasan di kepala bahawa guru itu bersalah.Padahal spm makin dekat.adakah pelajar dan ibubapa akan menggunakan alasan guru itu tak guna dan menyebabkan anaknya gagal peperiksaan? Adakah sanggup korbankan prestasi anaknya asalkan berpuashati kerana berjaya menyalahkan guru tersebut?

Pikirkan..

Mengapa salah Ong Kim Swee?

Baru baru ini malaysia gagal menang menentang Macau.Ramai pengkritik bola menghentam dato ong kim swee.Adakah layak beliau dihentam selepas 2 game mengendalikan pasukan negara secara rasmi?

Elok berpikir secara bijak.Takkan ada coach yang mampu mengubah nasib pasukan secara mendadak.Apa gila kamu yang mengkritik beliau.
Taktikal bertahan yang beliau gunakan ketika menentang arab saudi juga antara faktor dihentam.Pasukan arab saudi adalah antara yang terkuat di asia.

Dengan kemahiran pemain sedia ada memang sepatutnya malaysia bermain demikian rupa.Pemain malaysia masih gagal menguasai teknik asas dengan baik.Apa yang tinggal positifnya skuad malaysia adalah mencuba bermati matian.Itu yang merupakan kelebihan pasukan malaysia kini.Dan itulah yang mereka lakukan ketika menentang arab saudi.Bertahan mati matian.

Secara positifnya kita perlu menunggu ong kim swee bergerak.Jika sekarang beliau baru panaskan enjin.Menggunakan apa saja yang ada.Saya percaya ong kim swee akan mula step kedua iaitu melakukan gerak kerja menghasut pengendali pasukan liga m untuk menghasilkan pemain seperti yang beliau mahukan.kemudian gerak kerja seterusnya barulah beliau akan melakukan perubahan taktikal kepada pasukan yang dibarisi skuad penuh yang dikehendaki.Ketika itu barulah kita dapat lihat hasil yang baik.